Harga jual RM500,000 tidak bermaksud anda akan menerima RM500,000. Baki pinjaman, kos transaksi dan CKHT boleh mengubah jumlah bersih yang akhirnya masuk ke tangan anda.
Keputusan menjual rumah sepatutnya dibuat selepas nilai pasaran, baki pembiayaan, kos transaksi dan kemungkinan tunai bersih dibaca bersama.
Ini soalan yang lebih berguna daripada sekadar mencari harga iklan paling tinggi di portal.
Formula ini membantu pemilik memahami aliran asas pengiraan sebelum dokumen penuh disemak.
Bagi individu warganegara Malaysia di bawah Bahagian I Jadual 5, kadar bergantung kepada tempoh pegangan aset.
Kadar di atas ialah ringkasan untuk individu warganegara Malaysia. Untuk kategori pelupus lain atau kes khas, semak halaman rasmi Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah HASiL .
Simulasi ringkas individu warganegara Malaysia. Keputusan bukan taksiran rasmi.
*Simulasi menggunakan RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi. Pengecualian kediaman persendirian sekali seumur hidup tidak dimasukkan secara automatik.
Katakan rumah dibeli pada RM300,000 dan dijual pada tahun ke-4 dengan harga RM430,000.
Harga pelupusan dalam contoh.
RM430,000Harga pemerolehan.
RM300,000Anggaran kos yang layak dimasukkan.
RM25,000RM430,000 − RM300,000 − RM25,000.
RM105,00010% daripada RM105,000.
RM10,500RM105,000 − RM10,500.
RM94,500Kadar individu warganegara Malaysia.
20%RM94,500 × 20%.
RM18,900Perbezaan harga beli dan harga jual bukan terus menjadi wang bersih. Baki loan, CKHT, kos guaman, agent fee dan komitmen lain masih perlu dikira.
Anda perlukan orang yang boleh membaca nilai, angka, buyer, bank dan dokumen sebagai satu transaksi.
CKHT menunjukkan kenapa jual rumah tidak boleh dinilai menggunakan satu angka sahaja.
Market value mungkin sesuai tetapi baki loan terlalu tinggi. Buyer mungkin bersetuju dengan harga tetapi valuation kurang. Rumah pula mungkin mempunyai isu consent, pusaka, LPPSA atau dokumen lain.
Sebab itu Adi melihat value, financial position, buyer, document dan completion sebagai satu fail.
Transaksi setara, lokasi mikro, jenis lot, kondisi dan valuation dibaca bersama.
Baki loan, redemption, kos jualan dan CKHT perlu dilihat lebih awal.
Deposit, pendapatan, komitmen, CCRIS dan DSR boleh menjadi penentu pembiayaan.
Consent, pusaka, LPPSA, strata, kaveat dan sekatan memerlukan route berbeza.
Visual, copywriting, harga dan sasaran buyer disusun mengikut keadaan kes sebenar.
Valuation, loan, SPA, redemption, consent, peguam dan bayaran perlu dipantau.
Tidak semua rumah gagal dijual kerana harga. Ada kes disebabkan baki pinjaman, valuation, buyer, dokumen, kondisi atau positioning. Bila punca jelas, barulah strategi yang lebih realistik boleh dibuat.
Ada rumah yang tidak mempunyai masalah marketing. Ia mempunyai masalah transaksi.
Semak ruang harga untuk redemption, kos dan hasil bersih.
Jurang valuation boleh mengubah keperluan tunai buyer.
Kelayakan buyer perlu diperiksa sebelum masa dibazirkan.
Kuasa menjual dan dokumen pemilikan perlu jelas.
Status hak milik boleh mempengaruhi route dan timeline.
Harga, kondisi, persaingan dan financing risk perlu dibaca semula.
CKHT ialah Cukai Keuntungan Harta Tanah yang dikenakan berkaitan keuntungan daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai di Malaysia.
Bukan semata-mata harga jual. Secara asas, keuntungan yang boleh dikenakan cukai perlu ditentukan selepas mengambil kira harga pemerolehan, harga pelupusan, kos tertentu dan pengecualian yang layak.
Bagi individu warganegara Malaysia di bawah Bahagian I Jadual 5, kadar bagi pelupusan dalam tahun ke-4 ialah 20%.
Bagi individu warganegara Malaysia kategori Bahagian I, kadar bagi pelupusan dalam tahun ke-6 atau seterusnya ialah 0% mulai 1 Januari 2022.
HASiL menyatakan pengecualian berkaitan RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi, tertakluk kepada peruntukan yang berkenaan.
Tidak. Pengecualian bagi satu kediaman persendirian sekali seumur hidup ialah pengecualian berasingan dan mempunyai syarat tersendiri.
Supaya pemilik boleh menilai hasil bersih selepas mengambil kira baki pinjaman, kos transaksi dan cukai, bukan hanya melihat harga iklan.
Adi melihat nilai, kewangan, buyer, dokumen dan perjalanan transaksi sebagai satu kes supaya risiko dapat dikenal pasti sebelum ia menjadi masalah besar.
Semakan awal juga boleh melihat isu baki loan tinggi, valuation rendah, buyer gagal loan, consent, pusaka, LPPSA, strata, kaveat, geran atau rumah yang lama tidak terjual.
Beri Adi lokasi rumah, jenis hartanah, tahun beli dan baki loan. Semak dahulu kedudukan nilai, kemungkinan kos, CKHT, risiko transaksi dan hasil bersih sebelum menetapkan harga.
Semak Kes Rumah Saya Dengan Adi Adi Zaini · Senior Negotiator · REN27528 · JohorHantar detail rumah anda dahulu. Saya bantu semak anggaran nilai pasaran dan cadangkan langkah yang lebih sesuai sama ada anda mahu jual sekarang, tunggu masa yang lebih baik atau susun strategi harga terlebih dahulu.