Kerana kes dinilai sebelum diiklankan.
Bukan terus letak harga dan tunggu. Adi periksa market fit, bank risk, dokumen dan kedudukan pemilik dahulu.

Kalau rumah anda sudah lama tidak terjual, buyer kerap gagal loan, bank value rendah, baki pinjaman tinggi atau dokumen rumit, masalah sebenar mungkin bukan “kurang iklan”. Ia mungkin perlukan diagnosis yang betul sebelum jualan bergerak semula.
Semak Kes Rumah Dengan Adi Lihat rujukan harga dahuluBukan terus letak harga dan tunggu. Adi periksa market fit, bank risk, dokumen dan kedudukan pemilik dahulu.
Latar akaun membantu membaca baki pinjaman dan ruang rundingan; pengalaman hartanah membantu mengawal proses A–Z.
Tiada janji kosong. Adi cari punca, terangkan pilihan yang realistik dan susun tindakan mengikut risiko sebenar kes.
Gunakan julat ini sebagai starting point, bukan harga muktamad. Jalan, saiz tanah, pegangan, kondisi, renovasi, transaksi setara dan sokongan bank boleh mengubah kedudukan sebenar rumah anda.
Kebiasaan sekitar 1,500–1,650 kps. Jalan, kondisi, porch, dapur, wiring, bumbung dan kos pembaikan selepas beli memberi kesan besar.
Jumlah bilik, susun atur, renovasi, posisi jalan, akses dan kemampuan buyer mendapatkan pembiayaan perlu dibanding bersama.
Lebihan tanah, bentuk lot, privasi, akses, posisi rumah dan permintaan segmen premium menjadikan perbandingan lebih khusus.
Status strata, tingkat, lif, parking, maintenance, keadaan unit dan jumlah tunai buyer boleh mempengaruhi kebolehjualan.
Penting: harga iklan bukan harga transaksi dan bukan jaminan bank value. Semakan rumah sebenar perlu dibuat sebelum pemilik menetapkan harga jual atau menerima tawaran.
Pemilik perlukan seseorang yang boleh membaca keseluruhan fail — bukan hanya jumlah inquiry. Inilah beza pendekatan Adi.
Bukan tengok satu listing paling mahal. Perbandingan dibuat ikut jenis, saiz, jalan, pegangan, kondisi dan transaksi yang lebih relevan.
Latar akaun membantu melihat redemption, kos, ruang rundingan dan kedudukan bersih sebelum pemilik membuat keputusan.
Buyer perlu disaring dari sudut kemampuan asas, deposit, jenis pembiayaan dan risiko loan supaya masa pemilik tidak dibazirkan.
Pusaka, consent, strata, geran, sekatan, tunggakan atau isu nama boleh mengubah timeline. Lebih awal dikesan, lebih mudah dirancang.
Maklumat, condition, visual sebenar, kelebihan lokasi dan expectation buyer disusun supaya listing tidak nampak seperti iklan generik.
Rundingan, booking, loan, SPA, bank, peguam, consent dan serahan kunci perlu bergerak dalam satu aliran yang terkawal.
Adi tidak akan terus menyuruh anda turunkan harga. Setiap masalah perlu dipisahkan supaya tindakan dibuat pada punca sebenar.
Harga, presentation, channel, mesej iklan atau kualiti inquiry mungkin tidak sepadan.
Tindakan: audit positioning, persaingan semasa, respons buyer dan halangan viewing-to-offer.
Harga yang diingini mungkin tidak memberi ruang selepas redemption, kos dan rundingan.
Tindakan: kira kedudukan bersih dan tentukan range yang masih praktikal sebelum menerima tawaran.
Kelayakan lemah, komitmen tinggi, deposit kurang atau harga melebihi sokongan bank.
Tindakan: buat buyer filter lebih awal dan semak struktur deposit serta expectation pembiayaan.
Harga mungkin tidak disokong perbandingan yang betul atau rumah dibandingkan dengan unit tidak setara.
Tindakan: bina semula comparison set dan nilai ruang harga atau tunai buyer secara realistik.
Dokumen tidak lengkap, nama belum selesai, sekatan atau pihak berkaitan belum memberi persetujuan.
Tindakan: susun checklist dan urutan tindakan bersama peguam atau pihak berkuasa yang berkaitan.
Kunci, viewing, penyewa, pembaikan dan dokumen sukar dikoordinasi dari jauh.
Tindakan: susun akses, laporan keadaan, jadual viewing dan approval flow supaya anda tidak perlu hadir setiap masa.
Masa semakin pendek dan setiap keputusan perlu dibuat mengikut keutamaan.
Tindakan: kenal pasti perkara yang boleh dipercepat dan koordinasikan pihak profesional yang diperlukan. Tiada jaminan, tetapi kes boleh diurus dengan lebih tersusun.
Tak perlu bermula dengan iklan. Untuk kes yang rumit, urutan yang betul boleh menjimatkan masa dan mengurangkan risiko jualan gagal di tengah jalan.
Fahami objektif, timeline, baki pinjaman, kondisi dan isu dokumen.
Banding pasaran, jenis unit, pegangan, keadaan dan indikasi pembiayaan.
Susun dokumen, rumah, maklumat, visual sebenar dan positioning.
Tapis kemampuan asas, deposit, loan profile dan kesesuaian timeline.
Selaras rundingan, booking, loan, SPA, bank, peguam dan handover.
Pemilik patut tahu apa yang boleh dikawal dan apa yang tidak boleh dijamin sebelum menyerahkan rumah untuk diurus.
Nilai rumah hanya satu bahagian. Kebolehjualan, bank value, buyer quality dan dokumen menentukan sama ada transaksi benar-benar boleh bergerak.
30 rujukan berkaitan nilai, jualan, baki loan, title dan proses transaksi — disusun mengikut tiga laman supaya mudah diteroka tanpa mengganggu fokus halaman utama.
Hantar detail rumah anda dahulu. Saya bantu semak anggaran nilai pasaran dan cadangkan langkah yang lebih sesuai sama ada anda mahu jual sekarang, tunggu masa yang lebih baik atau susun strategi harga terlebih dahulu.