The Adi Difference
Kenapa pilih Adi untuk
semak nilai rumah Taman Molek?
Rumah tidak selesai dijual
hanya dengan memasang iklan.
Nilai, pembeli, pembiayaan,
kewangan dan dokumen
perlu bergerak dalam proses yang sama.
01 / VALUEAdi tidak sekadar beri angka yang sedap didengar.
Harga dibandingkan mengikut jenis rumah,
kedudukan lot, keluasan, keadaan
dan transaksi yang benar-benar setara.
02 / FINANCEAdi memberi perhatian kepada hasil bersih.
Baki pinjaman, penebusan,
kos transaksi dan keperluan tunai
pemilik turut dipertimbangkan.
03 / BUYERAdi menilai kesediaan pembeli.
Deposit, kemampuan pendapatan,
komitmen dan dokumen dinilai
secara wajar dengan persetujuan pembeli.
Kelulusan akhir tetap keputusan bank.
04 / DOCUMENTAdi mengenal pasti halangan lebih awal.
Hak milik, consent, pusaka,
strata, Bumi lot, kaveat,
LPPSA dan penama bersama
diperhatikan mengikut keadaan rumah.
05 / MARKETAdi membina strategi pemasaran yang sesuai.
Foto, susun atur maklumat,
keadaan rumah, kelebihan lokasi
dan sasaran pembeli disusun
mengikut kekuatan hartanah.
06 / EXECUTIONAdi membantu selepas booking diterima.
Valuation, pembiayaan, SPA,
peguam, penebusan pinjaman,
kelulusan berkaitan dan serahan
memerlukan koordinasi berterusan.
Pemilik tidak sepatutnya kehilangan masa
hanya untuk mengetahui bahawa
masalah sebenar bukan kurang iklan,
tetapi harga, bank value,
pembeli atau dokumen.